×

Jordan Peterson adalah seorang profesor, ahli psikologi klinikal, intelektual

Jordan Peterson adalah seorang profesor, ahli psikologi klinikal, intelektual

Jordan menguasai pentas dunia melalui penyelidikan dan ideanya dalam bidang psikologi dan falsafah. Video dan syarahan Profesor Peterson berhasil mendapatkan lebih dari 600 juta penonton, dan perbahasan dan wawancaranya dengan orang terkenal seperti Joe Rogan, Matthew McConaughey dan Sam Harris sangat popular juga.


Pencapaiannya yang tertinggi bagi Dr Peterson ialah karyanya "12 Peraturan Hidup. Penawar kepada Kekacauan" yang menjadi bestseller di Kanada, Amerika Syarikat dan Great Britain. Kira-kira 6 juta salinan telah terjual di seluruh dunia. Buku ini memberi inspirasi kepada ribuan orang untuk membawa ketenteraman dalam kehidupan mereka dan memperbaiki dunia bermula dari diri mereka sendiri. Setelah pelancaran bukunya, Jordan Peterson mengunjungi 130 bandar dan mengumpulkan peminat sehingga 25000 orang. Buku karya pertamanya, “Peta Makna. Seni bina Kepercayaan”, yang menceritakan tentang mitos dan kepercayaan masyarakat di dunia menjadi kaya klasik yang mengubah psikologi agama dan persepsi kebanyakan orang. Jordan kini sedang menulis buku yang baru, "Di luar Ketertiban: 12 Lagi Peraturan Hudup", yang akan diterbitkan pada bulan Mac 2021. Kemahiran pensyarahan dan keberanian dalam penyataanya menjadikan Jordan Peterson sangat popular di media sosial: dia memiliki lebih daripada 8 juta peminat di seluruh dunia. Saluran YouTubenya terkenal dan menarik peminat dan pengkritik kerana Jordan menjawab soalan isu politik dan jantina secara kontroversi dan juga berwawancara dengan orang-orang yang terkenal. Jordan Peterson juga ada podcast yang popular dan menawarkan kursus online "Keperibadian" yang membantu memahami keperibadian diri sendiri dengan lebih baik, memilih keutamaan yang lebih mustahak, merancang kerjaya dengan lebih teliti dan pembangunan diri sendiri dengan lebih tepat.

01 /

Video popular Video popular

Video alu-aluan

Video alu-aluan Jordan, di mana dia bercakap mengenai dirinya, serta aktiviti profesional dan kreatifnya.

01 / 03

Buku yang baru: "Di luar Ketertiban: 12 Lagi Peraturan Hudup"

Tentang buku

Dalam tempoh masa yang susah, berdasarkan Idea yang dipinjam dari psikologi, falsafah, mitos terkenal dan kisah-kisah manusia, Jordan Peterson merumuskan 12 peraturan baru untuk mencapai kehidupan yang lebih berani, ikhlas dan bermakna. Buku ini akan membantu pembaca untuk meningkatkan kualiti hidup, mencari motivasi untuk mencapai tujuan mereka, dan mengatasi kesukaran dalam hubungan.

Peraturan Hidup